-Fikih Akidah Fikih Ibadah

Doa dan Zikir Terbaik di Hari Arafah

https://cdn.newsapi.com.au/image/v1/86f6786d901ac39f64f6e9accaa8fd4b?width=1024

Hari Arafah adalah hari terbaik untuk beribadah. Di samping ia hari puasa sunnat ianya juga adalah hari terbaik untuk berdoa.

Imam An Nawawi mengatakan: Dianjurkan memperbanyak zikir di sepuluh awal Zulhijjah lebih dari hari-hari lainnya. Dan lebih dianjurkan lagi memperbanyak zikir dan doa pada hari Arafah. (Lihat: Al Majmu’ Syarh Al Muhdzdzab, jilid 8, hal. 125).

Zikir Terbaik di Hari Arafah

Dari Abdullah bin Amru Ra bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang aku baca demikian pula para nabi sebelumku adalah: Tiada Tuhan selain Allah sahaja tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segalanya”. (HR. Malik dan At Tirmidzi)

Doa Abdullah bin Umar Ra

Termasuk doa yang terbaik adalah doa yang diriwayatkan dari seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Umar Ra, adalah beliau jika tiba petang hari Arafah mengangkat suara dan beliau membaca:

لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، اللَّهُمَّ اهْدِنَا بِالْهُدَى ، وَزَيِّنَّا بِالتَّقْوَى وَاغْفِرْ لَنَا فِي الآخِرَةِ وَالأُولَى

Tiada Tuhan selain Allah sahaja tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segalanya. Ya Allah berikanlah kami hidayah, hiasilah diri kami dengan ketakwaan, ampunilah kami dosa terakhir dan yang terdahulu”.

Lalu beliau merendahkan suara dan membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَعَطَائِكَ رِزْقًا طَيِّبًا مُبَارَكًا ، اللَّهُمَّ إِنَّكَ أَمَرْتَ بِالدُّعَاءِ وَقَضَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ بِالاسْتِجَابَةِ ، وَأَنْتَ لا تُخْلِفُ وَعْدَكَ وَلا تُكَذِّبُ عَهْدَكَ ، اللَّهُمَّ مَا أَحْبَبْتَ مِنْ خَيْرٍ فَحَبِّبْهُ إِلَيْنَا وَيَسِّرْهُ لَنَا ، وَمَا كَرِهْتَ مِنْ شَيْءٍ فَكَرِّهْهُ إِلَيْنَا وَجَنِّبْنَاهُ ، وَلا تَنْزِعْ عَنَّا الإِسْلامَ بَعْدَ إِذْ أَعْطَيْتَنَا

“Ya Allah, aku memohon karuniamu dan pemberianmu sebagai rezeki yang baik lagi berkah. Ya Allah sesungguhnya Engkau memerintahkan untuk berdoa, dan Engkau menjanjikan istijabah doa, dan Engkau tidak pernah menyalahi janjiMu dan tidak pula mendustakan komitmenMu. Ya Allah selama Engkau mencintai kebaikan maka anugerahkanlah kecintaan kebaikan kepada kami dan mudahkanlah. Dan selama Engkau membenci sesuatu maka bencikanlah ia kepada kami dan hindarkanlah kami darinya. Dan janganlah Engkau lepaskan Islam dari kami setelah Engkau berikan kepada kami”.

(HR. At Thabrani dengan sanad “Jayyid” (baik), Kitab Ad Du’a, hal. 278, hadis no. 878).

 

Doa dan Zikir Terbaik di Hari Arafah Dari Rasulullah Saw

Dari Jabir bin Abdullah Ra ia berkata: Bersabda Rasulullah Saw: “Tidak ada seorang muslim yang berwukuf di petang hari Arafah lalu menghadap kiblat dengan sepenuh wajahnya lalu membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Tiada Tuhan selain Allah sahaja tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segalanya”,sebanyak seratus kali, lalu membaca surat Al Ikhlas, sebanyak seratus kali, kemudian membaca:

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

“Ya Allah.. Curahkanlah selawat kepada Muhammad sebagaimana Engkau telah mencurahkan selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Terpuji”, sebanyak seratus kali, melainkan Allah akan berfirman:

يَا مَلَائِكَتِي مَا جَزَاءُ عَبْدِي هَذَا؟، سَبَّحَنِي، وَهَلَّلَنِي، وَكَبَّرَنِي، وَعَظَّمَنِي، وَعَرَفَنِي، وَأَثْنَى عَلَيَّ، وَصَلَّى عَلَى نَبِيِّي، اشْهَدُوا مَلَائِكَتِي أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، وَشَفَّعْتُهُ فِي نَفْسِهِ، وَلَوْ سَأَلَنِي عَبْدِي هَذَا لَشَفَّعْتُهُ فِي أَهْلِ الْمَوْقِفِ كُلِّهِمْ

“Wahai para malaikatKu apa balasan bagi hambaKu ini? Ia membaca tasbih, tahlil, takbir dan mengagungkan Aku, membesarkan Aku, mengenal Aku, memujiKu lalu berselawat bagi NabiKu. Persaksikanlah wahai para malaikatKu, sungguh Aku telah ampunkan hambaKu, telah Aku berikan syafaat pada dirinya. Sekiranya hambaKu ini meminta niscaya aku berikan syafaat bagi hambaKu untuk seluruh orang yang berwukuf (di Arafah)”. (Syu’abul Iman, jilid 5, hal. 502, hadis no. 3780. Berkata imam Al Baihaqi: Hadis ini Gharib namun tidak ada seorangpun di dalam sanadnya pemalsu hadis).

Hadis ini walaupun disebutkan dibaca di padang Arafah namun tidak mesti hanya mereka yang berada di padang Arafah, namun juga berlaku bagi mereka yang berada di luar padang Arafah. (Bughiyyatul Mustarsyidin, jilid 1, hal. 23-24).

Rujukan Utama:

–         Imam Abu Bakar Ahmad bin Husein Al Baihaqi,Syuabul Iman, cet. Maktabah Ar Rusyd – Riyadh, 1423 H – 2003 M

–         Imam Muhyiyuddin An Nawawi (676 H), Al Majmu’ Syarh Al Muhadzzab, Cet. Maktabah Al Irsyad – Jeddah

–         Imam Sulaiman bin Ahmad At Thabrani, Kitab Ad Du’a, cet. Dar Al Kutub Al Ilmiyah – Beirut

–         Syeikh Al Mufti Abdurrahman bin Muhammad bin Husain Al Masyhur (1320 H),Bughiyyatul Al Mustarsyidin wa Hawasyiha, Dar Ad Dhiya’ – Kuweit, cet. Pertama tahun 1438 H – 2017 M.

Comments

comments

Tentang Penulis

Dosen IAIN Langsa, Doktoral Fiqh Muqaran (Perbandingan Mazhab Fikih) di Universitas Al Azhar - Mesir, Mudir dan Ketua Yayasan Pesantren Dar Faqih Qurani - Aceh Timur, Dewan Fatwa Nasional Jami'ah Al Wasliyah.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Situs ini menggunakan Akismet untuk mengurangi spam. Pelajari bagaimana data komentar Anda diproses.